fbpx

Permainan ekstrem rosak, pengunjung tergantung di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario pengunjung yang tergantung secara terbalik di udara ketika putaran permainan Aero 360 terhenti. - Tina Talley

WASHINGTON – Sebuah permainan Aero 360 di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berhenti di tengah-tengah putaran sehingga menyebabkan pengunjung tergantung di udara, lapor laman berita India Today, semalam.

Insiden menakutkan itu berlaku di Taman Kennywood, barat Pennsylvania pada Isnin lalu. Video kejadian telah disiarkan di laman YouTube.

Rakaman menunjukkan sebilangan pengunjung di taman hiburan itu sedang tergantung secara terbalik pada permainan Aero 360.

“Pegawai sedang menyiasat kejadian di mana sebilangan pengunjung tersangkut dalam permainan Aero 360 di Taman Hiburan Kennywood, barat Pennsylvania.

“Pengunjung telah dipindahkan dan pegawai memaklumkan tiada siapa cedera,” demikian kapsyen pada klip video berkenaan

Menurut laporan, pihak pengurusan mengarahkan permainan itu kekal ditutup sehingga siasatan selesai.

“Kakitangan penyelenggaraan bertindak balas dengan dengan pantas mengubah kedudukan permainan itu dan memindahkan pengunjung dengan selamat.

“Keselamatan adalah keutamaan kami. Permainan itu masih ditutup sementara siasatan dijalankan,” kata jurucakap taman itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI