fbpx

6,000 usahawan sertai program fizikal Richworks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan berkongsi strategi perniagaan kepada peserta di SCCC hari ini.

SHAH ALAM – Lebih daripada 6,000 bangsa usahawan menyertai program 10x Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis anjuran RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) di sini, hari ini.

Program keusahawanan selama dua hari di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) yang berakhir esok itu meliputi bimbingan strategi dan panduan pengurusan perniagaan oleh Pengasas RichWorks yang juga Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, penyertaan program secara fizikal itu disifatkan sebagai yang paling ramai dianjurkan pihaknya selepas pandemik Covid-19.

“Kami bersyukur kerana program ini mendapat sambutan menggalakkan, dengan lebih 11,000 usahawan telah mendaftar secara atas talian.

“Alhamdulilah, lebih 6,000 peserta hadir dari seluruh negara, sekali gus jumlah penyertaan paling banyak sejak program fizikal terakhir dilaksanakan kami pada Januari 2020,” katanya pada sidang akhbar program berkenaan sebentar tadi.

Sebahagian daripada ribuan peserta yang hadir.

Program percuma itu turut dihadiri kira-kira 300 usahawan jutawan, atau ahli Titanium bimbingan Richworks dan Azizan.

Menurut Radz, pihaknya mahu terus berkongsi kepakaran dalam mentransformasikan perniagaan bangsa usahawan di negara ini.

“RichWorks bukan hanya membimbing untuk meningkatkan jualan bisnes, malah membina dan mengekalkannya sehingga berjaya.

“Oleh demikian, kita memutuskan untuk menganjurkan program ini dalam tempoh hanya 15 hari bagi menyokong usahawan ketika tempoh mencabar ini,” ujarnya.

Tambah beliau, transformasi sesebuah perniagaan tidak berlaku dalam sekelip mata dan perlu melalui beberapa proses.

“Setiap usahawan perlu menjalani tiga fasa iaitu foundation (asas), transformasi dan acceleration (pecutan) perniagaan,” katanya.

Radz Mohd.

Dalam pada itu, Radz berkata, Richworks sedang meneruskan perbincangan untuk membawa usahawan Titanium ke Bali, Indonesia pada September depan.

“Difahamkan, seramai 50 wira usahawan bakal dipilih Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia untuk menyertai program itu nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI