fbpx

UPSI di tangga 164 terbaik Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prof. Dr. Md. Amin (tengah) bersama barisan Jawatan kuasa Pengurusan Universiti di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila berada di kedudukan 164 selepas buat pertama kali menyertai ranking Times Higher Education (THE) Universiti Asia.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata , pencapaian itu membuktikan bahawa universiti tersebut komited dalam memastikan kecemerlangan kualiti pendidikan dan guru yang dihasilkan di Malaysia.

“UPSI bergerak proaktif dalam membangunkan pedagogi dan penyelidikan berkaitan pendidikan sekali gus menjadi pemangkin terhadap dunia pendidikan negara.

“Sebanyak lima kriteria utama diambil kira bagi menilai kedudukan menerusi pengajaran, penyelidikan, petikan ilmiah, pandangan antarabangsa dan pendapatan industri,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, menerusi pencapaian yang membanggakan tersebut, UPSI berhasrat untuk terus komited dalam menghasilkan graduan pendidikan berkualiti selaras dengan hasrat dan keperluan negara.

“Sejak ditubuhkan pada 1997, UPSI melahirkan lebih 90,000 graduan pendidikan yang berkhidmat di seluruh negara,” jelasnya.

UPSI memiliki dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang berkeluasan 85 ekar terletak berhampiran pekan Tanjung Malim, manakala Kampus Sultan Azlan Shah yang berkeluasan 850 ekar pula terletak di Proton City. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI