fbpx

Tiada subsidi penternak bermula 1 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mulai 1 Julai nanti, pihak kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada penternak sebaliknya menyalurkan kepada rakyat yang memerlukan terutama golongan B40.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah terbabit dilakukan bagi mengurangkan bebanan rakyat supaya tidak tertekan dengan kenaikan harga barang.

“Mulai 1 Julai ini, kita perkenalkan subsidi untuk memastikan harga ayam tidak dinaikkan. Di Malaysia ini harga apa pun boleh naik asalkan bukan harga ayam. Harga ikan kembung RM15 sekilogram mereka tidak bising tetapi harga ayam rakyat akan marah.

“Kalau dibiarkan harga diapung, harga ayam mungkin RM12 sekilogram tetapi kerajaan mahu memastikan harga ayam tidak dinaikkan maka kita beri subsidi kepada penternak supaya harga ayam kekal RM8.90 dan kerajaan berbelanja RM720 juta untuk pastikan harga ayam tidak dinaikkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen BN dan Sambutan Ulang Tahun BN Ke-48 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Jelas Ismail Sabri, ramai penternak tidak menuntut subsidi yang diberikan kerajaan. Justeru katanya, kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada penternak tetapi jumlah terbabit akan diberikan terus kepada rakyat.

Tambah beliau, kerajaan akan memperkenalkan sumbangan kewangan terus kepada rakyat khususnya B40 yang terkesan akibat kenaikan harga barang.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengumumkan mekanisme tersebut nanti.

“Ia bertujuan memastikan bebanan kenaikan harga tidak terlalu dirasai kerana ada sumbangan tunai ini oleh kerajaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI