fbpx

Lelaki derma sperma sembunyi hidap masalah lembam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penghidap sindrom FSX sering mempunyai kesukaran untuk belajar dan mengalami kecacatan kognitif, yang menyebabkan anak-anaknya mungkin berdepan masalah sama. - Getty Images

LONDON – Seorang lelaki dari Britain yang menjadi penderma sperma kepada 15 wanita dilarang bertemu ‘anak-anaknya’ selepas mahkamah mendapati dia merahsiakan sindrom kecerdasan otak rendah atau lembam semasa mengiklankan khidmat tersebut, lapor laman berita Wionews.

James MacDougall, 37, sebelum ini mengiklankan khidmat menderma sperma kepada pasangan lesbian di media sosial sehingga menjadikannya seorang bapa kepada 15 orang anak.

Laman berita The Guardian memaklumkan bahawa lelaki tersebut menghidap sindrom fragile-X (FSX), sejenis keadaan genetik yang menyebabkan pelbagai masalah tumbesaran.

Penghidap sindrom itu sering mempunyai kesukaran untuk belajar dan mengalami kecacatan kognitif kerana tahap kecerdasan otak atau IQ yang rendah.

Keadaan genetik itu bermaksud anak-anak MacDougall mungkin akan berdepan dengan situasi sama sepertinya. 

Mahkamah turut menetapkan bahawa identitinya boleh didedahkan bagi mengelakkan orang lain daripada menggunakan khidmatnya sebagai penderma sperma pada masa akan datang. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI