fbpx

Isteri bawa ‘kembar’ Siti Sarah, kejutan hari lahir Raisuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian di Instagram milik Siti Fatimah semalam

PETALING JAYA – Sebagai kejutan menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, Raisuddin Hamzah, isterinya, Siti Fatimah telah mengundang seorang tetamu yang dikenali sebagai Emy sebagai hadiah istimewa buat tahun ini.

Ini kerana, ramai yang menganggap Emy adalah sebagai ‘kembar’ kepada Siti Sarah disebabkan wajah dan fizikalnya mirip seperti Allahyarhamah.

Menerusi perkongsian video Siti Fatimah di Instagram miliknya, dia memaklumkan menjadi salah satu impian suaminya itu untuk bertemu dengan wanita yang dikatakan mirip arwah anaknya.

“Masa mula-mula orang kata muka dia (Emy) sama dengan arwah, suami ada bagi tahu teringin sangat nak jumpa dengannya, nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk.

“Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali bersama-sama dengan kami semua,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram semalam.

Lebih menyentuh perasaan ramai, reaksi Raisuddin dilihat seperti terkejut apabila melihat wajah wanita itu buat pertama kali.

Video yang dikongsikan itu turut mendapat perkongsian meluas di media sosial dan rata-ratanya sebak melihat situasi tersebut.

Dalam pada itu, orang ramai juga mengakui wanita berkenaan seiras dengan arwah Sarah sehingga membuatkan mereka rindu akan telatah arwah.

“Sebijik macam arwah Siti Sarah, hilang rasa kerinduan ayahanda dan bonda,” ujar Sairabanu.

“Seiras, tapi ayah arwah tak boleh nak peluk cium macam anaknya, sebak tengok, Uwais pun mampu tengok sahaja,” komen Hasnani Zainol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI