fbpx

Gangguan bekalan elektrik bongkar kegiatan perlombongan bitcoin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan TNB menunjukkan mesin melombong bitcoin yang dijana menggunakan bekalan elektrik disambung secara haram di Kota Warisan, Sepang hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

Oleh KAMARIAH KHALIDI

SEPANG – Aduan daripada orang awam yang sering berhadapan dengan gangguan bekalan elektrik di Kota Warisan di sini akhirnya membawa kepada pembongkaran kegiatan melombong mata wang digital, bitcoin.

Bertindak atas aduan dan intipan yang dijalankan, Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini berjaya menyerbu empat buah premis rumah kedai yang dijadikan lubuk mesin bitcoin menerusi sebuah operasi yang dijalankan bermula pukul 10 pagi.

Timbalan Pengarah Unit Perancangan dan Penyelerasan Penguatkuasaan ST, Ahmad Tazmin Mohd Noordin berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan telah menjalankan operasi haram itu di antara bulan Disember lalu sehingga Mei dengan jumlah kerugian yang ditanggung Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekitar RM30,000 sebulan bagi setiap premis.

“TNB anggarkan jumlah kerugian yang ditanggung akibat kecurian elektrik secara haram itu kira-kira RM30,000 di setiap premis, jadi jumlah keseluruhan bagi empat buah premis untuk tempoh enam bulan adalah sekitar RM720,000.

“Aktiviti kecurian elektrik oleh sindiket bitcoin ini bukan sahaja membahayakan nyawa orang awam, malah ia turut menjejaskan industri elektrik.

“Oleh itu kita sarankan kepada mana-mana pihak yang mendapati terdapat gangguan atau pemasangan secara haram dapat melaporkannya kepada TNB atau ST supaya ia dapat dihentikan terutamanya kepada pemilik yang menyewakan premis mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi serbuan itu di sini hari ini.

Jelas Ahmad Tazmin, seramai 50 anggota penguatkuasa terlibat dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama TNB, Majlis Perbandaran Sepang, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI