fbpx

Tiga individu tidak mengaku dera dua kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(Dari kiri) Kim Boon, Hang Moon dan Wei Wei mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di George Town hari ini atas pertuduhan mendera dua kanak-kanak. Foto IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Tiga individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera dua kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun bulan lalu.

Tertuduh, Jenny Oon Wei Wei, 28, membuat pengakuan itu bagi dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan penderaan dan penganiayaan kepada dua anaknya iaitu lelaki berusia tiga tahun dan perempuan (lima tahun) sehingga mengakibatkan kecederaan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukannya antara 13 hingga 27 Mei lalu di Blok J-13-8 Flat Rifle Range, Jalan Air Itam di sini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan.

Hakim Mazdi turut menetapkan 6 Julai depan sebagai tarikh serahan laporan perubatan dan dokumen serta sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI