fbpx

Pembantu tadbir JPJ didenda RM4,000 palsukan dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pembantu tadbir JPJ Perak didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen FOTO - MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang pembantu tadbir Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen berupa resit bayaran berkaitan buku teks Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP), dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Helmi Ahmad Cabi, 42, juga berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan setelah Mohamad Helmi mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim M. Bakri Abd. Majid.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan curang menggunakan dokumen sebagai tulen iaitu resit rasmi kerajaan Malaysia JPJ dengan nombor resit 010801110A63633 bertarikh 17.2.2020 berjumlah RM2,000 bagi buku teks KPP baharu Kelas Motosikal (Bahasa Melayu).

Dia yang bertugas di Unit Institut Memandu Bahagian Perlesenan JPJ Perak didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat JPJ Perak pada 17 Februari 2020.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI