fbpx

JPJ tidak gentar ancaman tonto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong melawat gerai makanan ketika hadir di Majlis Sambutan Hari Raya dan Apresiasi 76 Tahun JPJ.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak gentar dengan ancaman tonto, malah akan sentiasa melindungi pegawai dan anggotanya yang bertugas demi keselamatan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, JPJ tidak berseorangan kerana mereka turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan peraturan dan undang-undang jalan raya.

Beliau berkata, jika wujud elemen jenayah terutama ugutan maka, JPJ akan mendapatkan bantuan daripada pihak polis bagi membanteras kegiatan itu.

“Aktiviti ‘gengsterisme’ tidak sepatutnya berlaku di zaman moden ini kerana kita semua dilindungi dan dikawal oleh undang-undang.

“Ingatlah bahawa saya sentiasa berdiri teguh di belakang JPJ dalam apa jua tekanan yang mereka hadapi termasuk ugutan daripada tonto,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri JPJ hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI