fbpx

3 sekeluarga kumpul, jual petrol kepada kenderaan asing 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Amir menunjukkan sebahagian barang rampasan termasuk tong drum dan bekas plastik berisi petrol RON95 dan diesel dalam serbuan semalam.

KANGAR – Taktik licik tiga sekeluarga yang disyaki menjalankan kegiatan mengumpul petrol dan diesel di sebuah stor di Kampung Kolam di Padang Besar dekat sini sebelum menjualnya kepada kenderaan asing dengan berselindung di sebalik perniagaan produk sejuk beku tumpas apabila mereka ditahan pada semalam.

Dua suspek iaitu seorang lelaki berusia lewat 50-an dan menantunya berusia lingkungan 30-an ditahan ketika sedang mengisi minyak bersubsidi petrol RON95 dan diesel ke dalam bekas plastik di sebuah stesen minyak di sini kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Seorang lagi suspek iaitu seorang wanita berusia lewat 40-an ditahan dalam serbuan di sebuah stor tidak bernombor di Kampung Kolam kira-kira 15 minit kemudian.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis, Mohamad Amir Abdullah memberitahu, berdasarkan aduan orang awam dan risikan yang dilakukan sejak kira-kira dua minggu lalu, seramai 14 anggota penguat kuasa menyerbu sebuah stesen minyak di sini dan stor di Kampung Kolam.

“Dalam serbuan pertama, dua lelaki didapati sedang mengisi petrol RON95 dan diesel menggunakan dua pam berasingan ke dalam beberapa bekas plastik jenis jerry can pelbagai saiz yang terdapat di dalam kereta jenis Proton Waja dan Iswara.

“Kita kemudian bertindak menahan kedua-dua suspek serta pengurus stesen minyak berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI