fbpx

Penderma misteri biayai pengebumian 21 mangsa amukan senjata api di Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang gadis melawat tugu peringatan sementara untuk mangsa tembakan di luar Mahkamah Daerah Uvalde di Texas, kelmarin. - AFP

AUSTIN, Texas – Gabenor Texas, Greg Abbott mendedahkan bahawa seorang penderma yang enggan identitinya didedahkan telah menawarkan wang AS$175,000 (RM766,325)  untuk menampung kos pengebumian kesemua 21 mangsa pembunuhan beramai-ramai di sebuah sekolah di bandar Uvalde, lapor portal MailOnline kelmarin.

Abbott mengumumkan berita itu pada  satu sidang akhbar dan berkata, semua kos pengebu­mian mangsa akan diuruskan.

“Seorang penderma misteri yang menghadiri mesyuarat berhubung tragedi ini telah menyediakan dana AS$175,000 bagi memastikan bahawa semua waris mangsa tidak perlu memikirkan kos pengebumian anak mereka.

“Tiada keluarga yang perlu bimbang tentang kos berkenaan dan apa sahaja berkaitan dengan ketidakadilan yang telah berlaku ini,” jelas Abbot.

Abbott tidak memberikan sebarang petunjuk tentang siapa penderma itu walaupun ada yang membuat spekulasi bahawa  beliau mungkin bilionair Tesla, Elon Musk yang menetap di Austin.

Abbot turut memaklumkan bahawa negeri Texas juga akan menyediakan kaunselor kesihatan mental bagi memastikan sesiapa yang memerlukan bantuan kaunseling akan menerima rawatan yang diperlukan.

“Semua orang di negeri ini, sama ada terlibat secara langsung atau tidak dengan tragedi tersebut, layak mendapatkan rawatan mental yang disediakan.

“Pihak kerajaan negeri percaya anda akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan penjagaan kesihatan mental bagi memulihkan semangat selepas apa yang telah berlaku,” ujarnya.

Abbot juga berkata,  perkhidmatan penjagaan kesihatan mental itu  adalah percuma kepada semua orang.

“Semua perkhidmatan ini percuma, anda cuma perlu tampil dan meminta bantuan kerana kerajaan sangat prihatin akan impak peristiwa hitam ini ke atas seluruh komuniti,” katanya. –  Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI