fbpx

Mat Kilau jangan hebat pada trailer saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Mat Kilau akan menemui penonton pada 23 Jun ini.

Trailer filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk menonton buah tangan terbaharu Syamsul Yusof itu.

Sudah lama tiada pembikin filem Malaysia mengangkat pahlawan Melayu sebagai hero dalam naskhah mereka.

Selalunya hanya kisah berkisar tentang cinta, perkahwinan terlarang, orang kaya yang bergelut untuk mengekalkan kuasa dan lain-lain yang dihidangkan kepada penonton.

Seharusnya, pemain industri hiburan mempunyai tugas untuk mendidik jiwa masyarakat melalui karya berkualiti mereka.

Melihatkan kepada trailer filem Mat Kilau itu, hati membuak-buak untuk pergi ke pawagam bersama anak-anak bagi memperkenalkan mereka kepada salah seorang pahlawan Melayu.

Sungguh anak-anak zaman ini hanya mengenali telefon bimbit dan permainan video kerana hanya itu yang diminati untuk mengisi masa lapang. Amat sedikit yang suka membaca apatah lagi menelaah sejarah.

Namun, ada juga yang khuatir seandainya filem berkenaan hanya menarik pada bahagian trailer sahaja dan bukan secara keseluruhannya.

Ia seperti yang pernah berlaku kepada beberapa filem aksi, pahlawan atau mitos yang pernah dipertontonkan di pawagam sebelum ini.

Berdasarkan rekod Syamsul, pengarah itu tidak pernah mengecewakan khalayak dan kita harap ia berlaku kepada Mat Kilau.

Tanggal 23 Jun pasti akan ditunggu oleh peminat filem aksi tempatan dan pastinya pawagam kecoh dengan pencak silat pelakonnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI