fbpx

Mangsa, waris gagal daftar award semakan kehakiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 10 mangsa dan waris penuntut yang terkesan akibat pengambilan vaksin Covid-19, gagal mendaftarkan award semakan kehakiman yang diberikan kepada mereka oleh Mahkamah Timbang Tara.

Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan mereka atas alasan Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award tersebut.

Award semakan kehakiman itu berkaitan tindakan undang-undang yang akan diambil penuntut terbabit bagi mencabar keputusan kerajaan menggubal dasar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Mereka mendakwa, pelaksanaan PICK menyebabkan kematian penuntut (yang memohon melalui waris si mati), kesan advers susulan imunisasi (AEFI) dan diskriminasi terhadap mereka yang menolak suntikan.

Dalam keputusan hari ini, Hakim Datuk Amarjeet Singh turut mencadangkan supaya pemohon mengemukakan semakan kehakiman secara terus ke Mahkamah Tinggi mengikut prosedur yang betul.

“Semakan kehakiman tidak kisah secara ex-parte atau inter-parte (kedua-dua pihak). Mengikut apa yang kamu (pasukan pembelaan) beritahu saya, ada individu yang menerima kesan (akibat pengambilan vaksin).

“Oleh itu, kamu boleh failkan saman sivil bagi menuntut kerugian berkaitan vaksin. Tetapi sekarang kamu mahu saya daftarkan ‘award’ bagi membolehkan pendengaran dibuat di Mahkamah Tinggi.

“Saya tidak boleh daftarkan ‘award’ itu. Pengantara tiada kuasa berkaitan ‘award’. Awak tidak kehilangan apa-apa lagi jadi boleh failkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi,” katanya.

Pada 25 April lalu, sekumpulan individu berhimpun di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menuntut hak rakyat yang terkesan akibat vaksin. NGO itu termasuk Persatuan Prihatin Anak Jati Johor (PPAJJ), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Kebajikan Hal Ehwal Islam Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI