fbpx

Kes positif turun cecah 1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia semalam terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,152 kes berbanding kelmarin, 1,644 kes dengan merekodkan 1,975 kes sembuh.

Berdasarkan data di laman web CovidNow hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 520 kes diikuti Kuala Lumpur (185), Pulau Pinang (90) dan Perak (81).

Diikuti Johor (47), Negeri Sembilan (42), Sabah (39), Kedah (34), Melaka (34), Putrajaya (29), Sarawak (27), Pahang (13), Kelantan (5), Terengganu (4), Perlis (4) dan Labuan, satu kes.

Pesakit Covid-19 yang masih berada di wad meningkat kepada 425 orang berbanding kelmarin, seramai 406 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam kekal merekodkan 34 orang bersamaan jumlah kelmarin, 34 orang.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 17 kes bersamaan jumlah kelmarin, 18 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan, manakala sebanyak dua kluster yang masih aktif berbanding kelmarin, tiga kluster sekali gus menjadikan 7,012 keseluruhan kluster. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI