fbpx
anin sedang membesar dalam perut seorang bayi berusia 40 hari di Bihar, India. - Hong Kong Medical Journal

Janin dalam perut bayi berusia 40 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Satu kes perubatan yang sangat jarang berlaku direkodkan di daerah Motihari, negeri Bihar, India apabila janin ditemui membesar di dalam perut seorang bayi berusia 40 hari, lapor agensi berita Asean News International (ANI).

Bayi itu pada mulanya dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari untuk menerima rawatan kerana disangka mengalami masalah kembung perut dan tidak dapat membuang air kecil dengan lancar.

Bagi mengenal pasti punca penyakit tersebut, pakar kesihatan Pusat Perubatan Rahmania, Dr. Tabrez Aziz  melakukan ujian Imbasan tomografi berkomputer (CT)

Keputusan  ujian imbasan itu mengejutkan semua pihak apabila terdapat  janin lain sedang membesar di dalam perut bayi itu.

Beliau berkata, kes seperti itu sangat jarang berlaku dengan kebarangkalian satu dalam setiap  lima juta pesakit.

“Satu anomali perubatan yang jarang berlaku telah terbongkar di mana janin dilihat membesar  di dalam perut bayi berusia 40 hari.

“Ia dipanggil fetus di dalam fetus. Bayi itu telah menjalani pembedahan membuang janin dan berada dalam keadaan stabil,” kata Tabrez. – Agensi 

POPULAR

BERITA BERKAITAN