fbpx

Cerita barang naik harga ‘bunuh’ kegembiraan sambut Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayam merupakan makanan yang sering mengalami ‘perang’ harga ekoran pelbagai faktor. – Gambar hiasan

Saudara pengarang,

Esok merupakan hari terakhir bulan Syawal yang menandakan tamat sudah perayaan meraikan Aidilfitri.

Walaupun syariat menetapkan Aidilfitri hanya sehari iaitu pada 1 Syawal, tetapi sudah menjadi kelaziman dan adat masyarakat Islam Malaysia meraikannya sehingga sebulan.

Sepanjang Syawal ini, jemputan rumah terbuka dan jamuan hari raya diterima di sana sini tidak kira hari kerana masing-masing sudah dua tahun tidak dapat berbuat demikian ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.

Bermacam kejadian luar jangka berlaku pada Syawal tahun ini. Ibu negara yang lengang setiap kali musim perayaan tetap sesak dengan kenderaan.

Ayam habis di pasaran ekoran ketiadaan stok yang akhirnya membawa kepada kenaikan harga. Upah potong ayam yang dahulunya percuma kini mencecah RM1.50.

Tidak cukup dengan itu, bekalan ikan juga semakin kurang di pasar-pasar atas faktor cuaca selain kos pengangkutan yang semakin mahal.

Gembira dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga rupa-rupanya disulam pula dengan kenaikan harga barang termasuklah lonjakan tambang bas sekolah.

Kami selaku rakyat marhaen hanya mampu menelan segala kenaikan dengan rasa tak puas hati.

Walaupun segala luahan dan bantahan dicoretkan di media sosial, namun ia langsung tidak memberi kesan kerana pada pemain industri, suara marhaen ini seumpama anjing menyalak bukit.

Rakyat hanya menaruh harapan kepada kerajaan untuk mengekang kenaikan gila yang sedang berlaku ini. Kejatuhan ringgit berbanding dolar sangat merisaukan kerana mengundang inflasi.

Roti canai kosong yang dahulunya berharga 50 sen sekeping kini mencecah RM1.80 di sesetengah kedai.

Tahniah kepada seorang penebar roti canai di Melaka yang masih mengekalkan harga 50 sen demi kebajikan pelanggan-pelanggannya.

Benci scam raya,
Sungai Merab, Kajang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI