fbpx

Pengantin perempuan pandu traktor ke majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan dari Betul tiba ke majlis perkahiwnannya menaiki traktor. - NDTV

NEW DELHI – Seorang pengantin perempuan di daerah Betul, negeri Madhya Pradesh mencipta kelainan apabila tiba di majlis perkahwinannya dengan memandu sebuah traktor, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin. 

Klip video kejadian yang unik itu tular selepas dimuat naik di media sosial India.

Menerusi paparan video tersebut, pengantin perem­puan yang dikenali sebagai Bharti Tagde, dilihat memasuki astaka perkahwinan dengan memakai cermin mata hitam dan menaiki traktor.

Pengantin perempuan itu ditemani oleh dua abangnya di atas traktor tersebut.

Ketibaan pengantin perem­puan yang dirahsiakan daripada pengetahuan tetamu membuatkan semua orang dalam majlis berkenaan terkejut.

Bharti berkata, trend menghantar pengantin perempuan menggunakan tandu atau kereta sudah lapuk dan dia mahu me­lakukan sesuatu yang berbeza. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI