fbpx

Lelaki curi 23 senapang angin kerana mahu cari modal kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gede bersama suspek (baju oren) dan barang curian ketika sidang media di Balai Polis Buleleng, Bali. - Barometer Bali

JAKARTA – Seorang lelaki di Bali, Indonesia ditahan kerana mencuri 23 senapang angin dengan alasan mahu dijadikan modal untuk berkahwin, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia, kelmarin.

Polis Sukasada, Buleleng di Bali, menahan Umaro Marok, 25, selepas perbuatannya terbongkar di Kedai Lubdaka, Kecamatan Sukasada, Kabupaten Buleleng, Bali.

Suspek dilaporkan terdesak melakukan jenayah itu selepas buntu mencari jalan bagi menampung perbelanjaan perkahwinannya.

“Motifnya  adalah menjual senapang ini bagi dijadikan modal untuk majlis perkahwinan,” kata Ketua Hubungan Manusia Polis Buleleng, Asisten Komisioner Gede Sumarjaya.

Kejadian bermula dengan mangsa bernama Putu Hardi Pertama melaporkan kehilangan senapang angin di kedainya. 

Turut dicuri adalah sembilan senapang angin jenama Sangatha, dua senapang angin BSA, tiga senapang angin FX Frow, satu senapang angin APC, satu senapang angin Ruger, satu senapang angin TSC, dua senapang angin jenama Benjamin Marunder, dua senapang angin Lubdaka 117 dan dua senapang angin Predator serta beberapa peralatan memancing.

“Bagi kejadian ini, mangsa mendakwa mengalami kerugian kira-kira 105 juta rupiah (RM31,624).

“Suspek boleh didakwa dengan kesalahan jenayah pencurian mengikut Akta 363 ayat (1) 4 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun,” kata Gede. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI