fbpx
Gambar Hiasan

Segelintir pasangan tak takut bom tetap mahu nikah Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Di sebalik kebimbangan ekoran insiden letupan bom di Tak Bai, Thailand, masih ada ejen yang bersedia membawa pasangan untuk bernikah di negara jiran itu secara senyap-senyap.

Ejen nikah dikenali sebagai Pok Leh, 53, berkata, dia tetap akan membawa pengantin bernikah di Narathiwat meskipun keadaan di sempadan negara jiran itu masih belum reda sepenuhnya.

Katanya, dia yang menguruskan kemasukan pengantin mela­lui Sungai Golok sudah menerima tempahan slot 10 pasangan pengantin pada awal bulan depan.

“Sebelum ini, saya membawa bakal pengantin menaiki bot barang masuk ke Thailand melalui Kampung Che Him di Tak Bai yang kebiasaannya menjadi tumpuan untuk masuk ke negara berkenaan secara haram.

“Selepas insiden itu berlaku, saya dan beberapa ejen lain akan membawa pasangan pengantin masuk melalui Mundok pada waktu selepas subuh dan selepas maghrib.

“Saya tetap akan membawa pasangan pengantin kerana slot pernikahan di pejabat agama di Narathiwat sudah ditempah. Individu yang membantu saya menguruskan pernikahan di sana sudah memberi amaran agar tidak membatalkan sebarang tempahan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Pok Leh, individu yang berurusan dengannya di Thailand itu sangat pantang jika kami memungkiri janji dan tidak akan membantu dalam urusan perkahwinan pasangan tempatan selepas ini.

Katanya, 10 pasangan yang sudah menempah slot tidak berniat untuk membatalkan perkahwinan mereka di Thailand setakat ini selepas menjangkakan keadaan di Tak Bai akan reda dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, polis Kelantan terus mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini susulan kejadian letupan bom dan tembakan di Tak Bai dekat Narathiwat, Thailand malam Rabu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setakat ini, strategi untuk menjalankan kawalan di sempadan negara berubah mengikut risikan semasa yang diterima pihaknya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN