fbpx

Jepun kembali terima pelancong antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jepun mula melonggarkan sekatan berkaitan Covid-19 apabila membuka pintu sempadan antarabangsa kepada pelancong asing bermula 10 Jun ini. - Getty Images

TOKYO – Jepun bakal membuka semula pintu sempadan buat pelancong antarabangsa selepas dua tahun ditutup akibat penularan wabak Covid-19, lapor Badan Penyiaran Britain(BBC) semalam.

Ia menandakan detik paling penting negara itu dalam melonggarkan sekatan berkaitan Covid-19 yang mula dilaksanakan secara berperingkat.

Sekatan perjalanan dilonggarkan untuk penduduk dalam kalangan warga asing dan pengembara perniagaan dengan kerajaan baru-baru ini menaikkan had ketibaan pelawat asing harian kepada 20,000 orang bermula  1 Jun ini.

Sejak pertengahan Mac lalu, Tokyo turut membenarkan kemasukan pelajar antarabangsa.

Mulai 10 Jun ini pula, kumpulan pelancong asing akan dibenarkan memasuki Jepun.

Bagaimanapun, hampir 100 negara dan wilayah termasuk Britain akan dibahagikan kepada tiga kategori risiko iaitu merah, kuning dan biru yang akan menentukan sama ada pelawat perlu dikuarantin atau sebaliknya, demikian menurut Kementerian Luar Negeri Jepun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI