fbpx

Affin Bank catat untung RM200.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan Affin Bank mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBT) berjumlah RM200.2 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir pada 31 Mac 2022 di sebalik berdepan dengan cabaran pasaran global.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, peningkatan PBT ini disumbang oleh pendapatan faedah bersih, pendapatan daripada perbankan islamik, yuran bersih dan pendapatan komisyen bagi suku tahun pertama 2022. 

Menurut beliau, PBT yang bernilai RM200.2 juta ini merupakan peningkatan sebanyak 85 peratus  dari tahun ke tahun berbanding RM108.2 juta yang direkodkan bagi suku tahun yang sama tahun lalu (2021).

“Sehingga ke hari ini, usaha berterusan Kumpulan Affin untuk mengubah wajah dan mentransformasikan pengalaman perkhidmatan pelanggan kami menerusi pelan metamorfosis AIM22 telah  diterjemahkan kepada prestasi kewangan Kumpulan yang memberangsangkan.

“Kini kami telah berjaya mencapai sasaran yang diletakkan dan melakar kejayaan yang bermakna,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Wan Razly

Tambah Wan Razly, ini disebabkan oleh kesan ketegangan geopolitik di Eropah seperti perang Ukraine, kos tenaga dan harga komoditi yang lebih tinggi serta kadar inflasi yang meningkat yang telah menjejaskan pasaran hutang dan ekuiti. 

Pendapatan yuran Kumpulan Affin Bank juga turut terjejas disebabkan faktor berkenaan, namun asas serta kualiti aset mereka masih kekal utuh. 

“Beberapa inisiatif yang telah dirangka oleh Kumpulan Affin Bank telah ditangguhkan ke separuh tahun kedua 2022 termasuklah usaha pemerkasaan platform digital,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI