fbpx

Segmen penjagaan kesihatan pacu keuntungan Hong Seng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hong Seng Consolidated Berhad (Hong Seng) mengumumkan keputusan kewangan bagi suku keduanya yang berakhir 31 Mac 2022 merekodkan kenaikan bagi hasil kepada RM117.61 juta berbanding RM56.43 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Keuntungan selepas cukai pula mencatat pertumbuhan tujuh kali ganda kepada RM42.30 juta berbanding RM6.03 juta tempoh yang sama sebelumnya.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Teoh Hai Hin berkata, peningkatan dalam hasil disumbangkan oleh prestasi cemerlang sektor penjagaan kesihatannya yang dipacu oleh faktor jualan ujian kit Covid-19 dan juga bekalan ubat serta perkhidmatan peruntukan makmal bagi ujian Covid-19.

Dalam masa yang sama, segmen kewangan dan juga sarung tangan telah menyumbang hasil masing-masing sebanyak RM18.9 juta dan RM0.9 million dalam tempoh dikaji.

“Penceburan Hong Seng secara aktif dalam usaha mengembangkan segmen perniagaannya telah menunjukkan hasil dan ia memberi kesan secara positif kepada keputusan kewangan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, cabang perniagaan kesihatan, HS Bio Group menjadi penyumbang terbesar dan menawarkan potensi yang baik untuk tempoh jangka panjang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI