fbpx

Kelantan, Kelantan United sama kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Kelantan, Kervens Fils Belfort (jersi merah) cuba melepasi pemain Kelantan United dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. /FOTO FACEBOOK MFL

KUALA LUMPUR – Kelantan gagal mengekalkan jurang mata di puncak Liga Premier apabila sekadar seri tanpa jaringan dalam aksi Derbi Kelantan menentang Kelantan United di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan The Red Warriors kini mengumpul 22 mata, hanya dipisahkan satu mata berbanding pencabar terdekat Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang raih kemenangan 3-2 ke atas Selangor II.

TRW yang turun selaku tuan rumah nyata pasukan yang lebih baik untuk tempoh 15 minit awal namun selepas itu, Kelantan United makin berani untuk cuba atur gerakan.

Minit ke-36, Kelantan sepatutnya sudah berada di depan sebaliknya tampanan Nurshamil Abd Ghani melambung tinggi sekali gus menyaksikan babak pertama berakhir tanpa jaringan.

Walaupun Kelantan United seakan lebih baik di babak kedua, skrip hampir sama masih disajikan dengan TRW lebih banyak memiliki peluang terbaik namun aspek penyudah jelas mengecewakan pengendalinya, Rezal Zambery Yahya.

Ketika Kelantan memasukkan Jasmir Mehat dan Kervens Fils Belfort untuk menambah sengat di barisan depan, Kelantan United pula tampil lebih berdisiplin terutamanya ketika melakukan tugasan bertahan.

Selepas itu, tuan rumah terus dihidangkan beberapa lagi peluang terbaik sebaliknya terus gagal menemui sasaran untuk berpuas hati dengan satu mata.

Di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Fernando Rodriguez mengetuai kebangkitan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) untuk raih kemenangan 3-2 ke atas Selangor II.

Selepas Nik Sharif Haseefy terlebih dulu meletakkan pelawat di depan pada minit ke-29, JDT II hanya memerlukan lapan minit di babak kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi Rodriguez.

Minit ke-60, Rodriguez sekali lagi menggegar gawang lawan dan walaupun Khairi Suffian Khaineyusri kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-76, Gabriel Nistelrooy Tamin muncul wira tuan rumah dengan jaringan kemenangan pada masa kecederaan babak kedua.

Di Stadium Negeri, Kuching City FC terus memberikan tekanan kepada Perak FC apabila mencatatkan kemenangan 2-1.

Kedua-dua gol tuan rumah dihasilkan oleh Mohamad Alif Hassan pada minit ke-37 dan Abu Kamara (m-59) manakala jaringan saguhati Perak FC dijaringkan oleh Hakimi Mat Isa (m-63). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI