fbpx

Bisnes hampir tutup, usahawan RichWorks kembali jana RM100 juta jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas Eskayvie, Kartika Wati Mohamed berjaya membuat jualan RM100 juta dalam tempoh lima bulan

PETALING JAYA – Didikan dan bimbingan daripada Mentor U­sahawan, Datuk Dr. Azizan Osman telah berjaya membantu mengembalikan semangat berniaga kepada Pengasas Eskayvie, Kartina Wati Mohamed sehingga berjaya menjadi usahawan hebat.

Menurut Pengasas dan Pengerusi RichWorks itu, beliau berasa bangga dan terharu melihat anak didik yang dibimbing pada 2016 dengan jualan RM2 juta menyaksikan transformasi kepada RM100 juta pertama hanya dalam tempoh lima bulan tahun ini.

Tambah Dr. Azizan, beliau melihat sendiri usaha dan komitmen tinggi yang dilakukan Kartina dalam membina perniagaannya hingga ke peringkat sekarang.

Gambar hiasan

“Masya-Allah Tabarakallah, rasa bangga dan terharu sebab orang mana tahu apa yang di belakang tabir. Orang tahu dua benda, kau lingkup dan ada yang gembira, manakala kau berjaya ada yang dengki.

“Hari ini nak jumpa orang yang bahagia bila tengok orang lain bahagia bukan mudah sedangkan mereka tak tahu saat usahawan ini hilang keyakinan, arah, tersekat dan tak tahu apa nak buat lagi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berkongsi cerita, Dr. Azizan memaklumkan usahawan jutawan yang dibimbingnya kadangkala akan menghubungi sehingga ke tengah malam atau tidak kira masa untuk mendapatkan jawapan serta solusi kepada situasi dihadapi mereka.

Sementara itu, beliau juga berharap akan dapat melahirkan lebih ramai usahwan jutawan daripada hasil didikan serta bimbingan bersama RichWorks.

“Hari ini saya berbangga dengan satu lagi usahawan jutawan RichWorks pecah rekod jualan RM100 juta pertama dan nak lihat ramai anak bangsa usahawan kami pecah jualan RM100 juta pertama dan seterusnya. Amin.

“Saya nak lahirkan lebih ramai bangsa usahawan, lantaklah ‘haters’ nak cakap apa. Mereka tak membantu pun bangsa kita,” ujarnya.

Katanya lagi, pada minggu hadapan, beliau akan membimbing kumpulan baru usahawan yang hadir ke ’10X Bina Bisnes Berjaya’ yang diadakan pada 4 hingga 5 Jun di Setia City Convention Centre.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI