fbpx

Hebatnya Hanis Zalikha tangkas bermain pedang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI tangkas Hanis Zalikha bermain pedang bersama suaminya, Hairul Azreen membuatkan ramai yang kagum dengan kebolehannya.

JIKA bercakap tentang Hairul Azreen, satu perkara terlintas dalam fikiran ialah aksi lasaknya yang hebat dalam filem.

Namun, tidak sangka pula, bakat tersebut turut ada dalam diri isteri tercinta iaitu Hanis Zalikha.

Jelas kelihatan kehebatan Hanis melakukan aksi lasak menerusi video yang dimuat naiknya dalam Instagram baru-baru ini.

Beraksi dengan pedang bersama suami tercinta, ramai yang kagum dengan pergerakan Hanis, seperti profesional lagaknya.

“Anda berdua kalau berlakon bersama, pasti jadi seperti pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt dalam filem Mr & Mrs Smith. Gempak sangat,” komen netizen.

“Gerakan Hanis sangat bagus, selepas ini bolehlah bergandingan dengan Hairul dalam filem aksi,” pinta seorang lagi peminatnya.

Sudah banyak permintaan nampaknya. Agak-agaknya Hanis akan kembali aktif dalam dunia perfileman seperti sebelum ini atau tidak?

MIZZ LAHAR: Harap isu Caprice dengan lelaki yang dikatakan mengganggu isterinya dapat diselesaikan dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI