fbpx

Guru potong rambut 10 pelajar fesyen ‘botak tengah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN berlaku di sekolah Suranee Wittaya 2 di daerah Mueng, Thailand. - SANOOK

BANGKOK – Seorang pelajar sekolah menengah di wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand secara rahsia merakam tindakan seorang guru memotong rambut 10 pelajar lelaki secara ‘botak tengah’ dan memuat naik video itu di media sosial, lapor laman berita Thaiger semalam.

Netizen rata-rata mengecam tindakan guru itu yang dianggap tidak wajar serta melanggar hak peribadi.

Pengarah sekolah Suranee Wittaya 2 di daerah Mueng berkata, guru berkenaan telah meminta maaf kepada 10 pelajar tersebut dan telah diberi amaran untuk tidak melakukannya lagi.

Pada Ahad lalu, seorang wartawan tempatan telah membincangkan berkenaan tingkah laku guru terbabit bersama Pesuruhjaya Pendidikan wilayah Nakhon Ratchasima, Krittapol Chutikulkirati.

“Selepas dua tahun melaksanakan pembelajaran secara atas talian, ramai pelajar kembali ke sekolah dengan rambut yang panjang, bertentangan dengan peraturan Kementerian Pendidikan.

“Guru bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan kementerian, jadi mungkin sebab itu dia menghukum mereka seperti itu,” kata beliau.

Krittapol bagaimanapun menegur tingkah laku guru itu yang dianggap tidak wajar.

Beliau menghantar mesej yang mengarahkan semua guru sekolah rendah dan menengah di wilayah itu supaya tidak menggunting rambut pelajar ‘botak tengah’ sebagai satu bentuk hukuman.

“Walaupun kelakuannya tidak dibenarkan, guru itu tidak akan dipecat daripada jawatannya kerana ia bukan satu kesalahan disiplin yang serius,” kata Krittapol.

Beliau turut meminta Pejabat Pendidikan Menengah wilayah itu untuk melancarkan siasatan ke atas insiden berkenaan kerana ia melanggar dasar pendidikan di wilayah itu bahawa setiap pelajar harus gembira bersekolah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI