fbpx
Amirah (kiri) dibantu suaminya untuk menguruskan diri selepas terlantar akibat kanser di rumah mereka di Jalan Masjid Kampung Sungai Ramal Luar, Kajang baru-baru ini.

Suami berhenti kerja jaga isteri terlantar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Seorang suami terpaksa berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar akibat menghidap kanser usus tahap tiga selepas diserang strok Cerebrovascular Accident sejak seminggu lalu.

Keadaan itu menyebabkan pasangan suami isteri, Mohammad Ho Kong Wah Abdullah, 70, dan Soh Mei Lee atau Amirah Abdullah, 69, terpaksa mencatu makanan ekoran kesempitan wang.

Amirah berkata, dia kasihan dengan suami kerana terpaksa menjaganya walaupun lelaki itu turut menghidap masalah jantung, gout dan darah tinggi.

“Suami terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu teksi minggu lalu sebab perlu beri perhatian sepenuhnya terhadap saya,” katanya kepada Kosmo! rumahnya di Jalan Masjid Kampung Sungai Ramal Luar di sini baru-baru ini.

Lebih memilukan, dia dan suami kini terputus mata penca­rian dan terpaksa berharap ihsan pihak Masjid Sungai Ramal Luar, bantuan Lembaga Zakat Selangor dan Majlis Kanser Nasional yang selama ini menyalurkan sumbangan wang tunai secara bulanan sebanyak RM500.

“Bagaimanapun, apabila kea­daan semakin teruk, memang kami tiada langsung duit baki setiap bulan.

“Malah keperluan saya sema­kin banyak apabila perlu memakai lampin pakai buang sebab agak sukar untuk bergerak ke tandas dalam keadaan sebahagian badan kiri saya lumpuh.

“Sekarang ini mahu makan pun kena catu, tengok apa sahaja yang ada. Dalam seminggu ini hanya makan roti atau biskut kering kerana itu yang kami mampu,” luahnya.

Jelasnya, perbelanjaan bulanannya ketika ini memerlukan sekitar RM1,000 sebulan bagi membeli ubat-ubatan, makanan dan barangan keperluan lain.

“Apabila dihitung, memang tidak cukup. Ihsan orang sekeli­ling sahaja kami harapkan, tapi kami berdua tetap reda dengan semua ini,” ujarnya yang tidak dikurniakan cahaya mata.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Soh Mei Lee atau Amirah Abdullah 164360590266 atau menghubunginya di talian 016-9600 545.

POPULAR