fbpx
Radzi ketika membuat pembentangan pada sesi Ministerial Exchange bagi Education World Forum 2022 di London.

Konsep Sekolahku Sejahtera lahirkan generasi hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Konsep Sekolahku Sejahtera yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diyakini mampu melahirkan generasi pewaris negara yang hebat.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, penerapan Sekolahku Sejahtera juga dilihat sebagai satu pendekatan menyeluruh dalam membentuk kemenjadian murid.

“Semalam telah berlangsung sesi Ministerial Exchange bagi Education World Forum 2022. Saya bersama beberapa ahli panel yang lain telah membincangkan topik bertajuk ‘Should social and emotional learning (SEL) come first?’

“Secara keseluruhan, panel dan delegasi melihat konsep Sekolahku Sejahtera sebagai satu pendekatan yang menyeluruh dalam membentuk kemenjadian murid.

“Saya yakin dan percaya penerapan konsep Sekolahku Sejahtera secara semula jadi mampu melahirkan generasi pewaris negara yang hebat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Radzi berkata, beliau dalam pembentangannya di Ministerial Exchange bagi Education World Forum 2022 menjelaskan keutamaan tidak harus hanya diberikan kepada aspek atau komponen tertentu dalam pendidikan anak-anak.

Menurut beliau, perkara paling penting adalah untuk kita mencari pendekatan seimbang dalam semua aspek pembelajaran, termasuk SEL. – KOSMO! ONLINE

POPULAR