fbpx
JENNIE dan G-Dragon didakwa putus cinta dan wanita itu kini dikatakan bercinta pula dengan V BTS (kiri).

Jennie, G-Dragon putus cinta, V BTS jadi pengganti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NETIZEN mendakwa penyanyi kumpulan Blackpink, Jennie dan bintang terkemuka K-pop, G-Dragon sebenarnya sudah putus cinta meskipun kedua-dua mereka tidak pernah membuat sebarang pengesahan tentang hubungan yang terjalin.

Cuma baru-baru ini, timbul dakwaan perpisahan mereka apabila G-Dragon tidak lagi mengikuti Instagram Jennie, sedangkan dia masih mengikuti Instagram ahli Blackpink yang lain.

Dakwaan tersebut pantas menuai perhatian peminat yang mempersoalkan bagaimana boleh timbul isu tersebut sedangkan kedua-dua mereka tidak pernah mengakui bercinta.

Tidak terhenti di situ, muncul isu baharu apabila tiba-tiba berlegar dalam internet gambar Jennie bersama anggota kumpulan BTS, V dikatakan menghabiskan percutian di Pulau Jeju.

Muncul juga perdebatan dalam kalangan netizen yang mempersoalkan, adakah gambar-gambar tersebut benar atau palsu.

Ada juga yang mendakwa foto berkenaan milik V dan J-Hope yang disunting.

Bagaimanapun ada yang percaya foto itu asli berdasarkan perbezaan baju V dan kaca mata hitam Jennie.

Setakat ini belum ada kesahihan foto tersebut, pelbagai respons daripada peminat tertumpu terhadap isu percintaan Jennie dan V dan perpisahan dengan G-Dragon.

POPULAR