fbpx

ASNB tangguh urusan sementara dari 4 hingga 7 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun hingga kini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua urus niaga Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan ditangguhkan sementara bermula  4 hingga 7 Jun ini untuk membolehkan proses pemindahan sistem operasi sedia adanya kepada sistem baharu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin, pemindahan tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pelaburan kepada para pelaburnya.

Tarikh urus niaga terakhir bagi semua unit amanah adalah pada 3 Jun 2022 kecuali bagi ASN
Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 3 Global dan ASN Sara 2 yang berakhir lebih awal
iaitu pada 2 Jun 2022.

Jelas beliau, Penangguhan urus niaga ini melibatkan semua unit amanah ASNB di semua saluran ASNB iaitu kaunter cawangan ASNB dan ejen-ejen seluruh negara serta saluran elektronik serta dalam talian termasuk portal dan aplikasi myASNB, perbankan internet ejen-ejen iaitu Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow, Affinonline, AmOnline dan HLB Connect, mesin kios di cawangan ASNB serta Mesin Juruwang Automatik (Automated Teller Machine) di Maybank dan CIMB Bank.

“Urus niaga di semua saluran iaitu kaunter dan platform dalam talian akan dibuka semula pada 8 Jun ini,” katanya dalam kenyataan.

Mohammad menjelaskan, langkah strategik untuk migrasi ke sistem baharu perlu dilaksanakan bagi menyediakan sokongan teknologi yang lebih mudah dan moden agar ASNB dapat memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang lebih terkini.

Tambah beliau, inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan pengalaman pelaburan kepada pelabur-pelabur kami di semua saluran pada masa hadapan.

“Pelabur ASNB perlu merancang keperluan tunai lebih awal dan membuat
transaksi pelaburan atau pengeluaran sebelum tarikh penangguhan untuk mengelakkan
sebarang kesulitan ketika penangguhan ini berlangsung.

“Bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran dalam talian, buatlah urus niaga seawal yang mungkin agar wang tersebut dapat dikreditkan sebelum tarikh penangguhan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI