fbpx

Syiling peringatan LKIM sedia ditempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej depan syiling yang memaparkan pemandangan dari udara seorang nelayan menarik pukatnya.

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena sambutan Ulang Tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Ke-50, yang dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee pada 14 April lalu.

Menurut BNM, syiling ber­kenaan akan dikeluarkan dalam dua denominasi, iaitu Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated.

“Syiling pruf perak sterling berwarna mempunyai berat 31 gram dan diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5.

“Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual de­ngan harga RM253 sekeping. Sejumlah 1,000 ke­ping syiling ini telah ditempa.

Muka belakang syiling peringatan LKIM.

“Sementara syiling pruf emas Nordic mempunyai berat 8.5 gram dan diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain. Nilai mukanya ialah RM1 dan akan dijual pada RM13.20 sekeping, dengan 10,000 keping telah ditempa,” katanya dalam satu kenyataan.

Duit syiling peringatan ber­kenaan turut tersedia dalam bentuk set dua dalam satu berharga RM308, yang mana setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic.

Sejumlah 1,000 set ini tersedia untuk pembelian.

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my bermula semalam sehingga pukul 11 malam, 3 Jun 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI