fbpx

Padahal saya zapinlah – Baby Shima dikecam bergelek nyanyi lagu raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video TikTok memaparkan Baby Shima bergelak ketika menyanyikan lagu raya dikecam netizen.

PETALING JAYA – Sekali lagi, penyanyi sensasi Baby Shima menjadi bahan kecaman netizen gara-gara tular sebuah video dalam TikTok memaparkan dia sakan ‘bergelek’ ketika mengadakan persembahan pada sebuah majlis rumah terbuka hari raya baru-baru ini.

Kata netizen, apa yang dilakukan penyanyi itu seakan tidak kena kerana sepatutnya dia tidak perlu bergelek ketika menyanyikan lagu raya.

Difahamkan dalam video yang tular tersebut, penyanyi itu mengadakan persembahan pada majlis rumah terbuka anjuran sebuah parti politik bertempat di Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Shima, 27, menyampaikan lagu raya nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sesuci Lebaran.

Tampil mempertahankan diri, Shima atau nama sebenarnya Nur Ashima Ramli menjelaskan, apa yang dilakukan ketika itu bukannya bergelek seperti disangka ramai tetapi dia hanya melakukan tarian zapin.

Tetapi jelasnya, tariannya ada sedikit kesilapan selain sudut kamera yang merakamnya ketika itu menampakkan seperti dia sedang bergelek.

“Ramai bising-bising katanya disebabkan Shima bergelek menyanyi lagu raya. Padahal saya zapin lah. Tapi zapin saya agak silap sikit dan disebabkan sudut kamera dirakam dari tepi, lagilah nampak macam saya bergelek.

“Lagi-lagi saya ini seorang penyanyi dangdut. Asal tergoyang sikit punggung, nampak macam tengah bergelek. Disebabkan kain dipakai, kaki saya tak boleh melangkah dengan lebar jadi nampaklah macam bergelek,” jelasnya dalam sebuah video TikTok.

Dalam video tersebut, Shima turut memasukkan keratan video tarian zapin supaya netizen dapat melihat persamaan gerakan yang dilakukannya.

Biarpun sudah memberi penjelasan, tetapi netizen tetap tidak berpuas hati selain mendakwa Shima tidak pernah mengaku salah walaupun tarian yang dilakukannya tidak nampak langsung seperti zapin.

“Yelah, Shima tak pernah salah. Netizen salah. Done back up,” sindir seorang netizen.

“Perempuan mana pernah salah. Terang lagi bersuluh kan,” kata seorang lagi netizen lain.

Terdahulu pada awal Syawal lalu, penyanyi lagu Pura Pura Bujang itu dikecam kerana melawat kubur mendiang datuknya beragama Kristian sehingga ada netizen yang mempersoalkan agamanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI