fbpx
gambar hiasan

1,544 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 1,544 kes semalam termasuk tiga kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,491,320 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,905 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,432,071 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (828 kes), Kuala Lumpur (113 kes), Pulau Pinang (93 kes), Melaka (86 kes), Johor (83 kes), Perak (75 kes), Negeri Sembilan (63 kes) dan Kedah (55 kes).

“Seterusnya, Sabah (43 kes), Putrajaya (38 kes), Sarawak (27 kes), Kelantan (13 kes), Terengganu (13 kes), Pahang (12 kes), Perlis (satu kes) dan Labuan (satu kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, dua kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,645 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,551 kes.-KOSMO! ONLINE

POPULAR