fbpx

Pukul sebab mangsa belok jalan secara mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi suspek yang tular semalam.

SHAH ALAM – Tindakan agresif seorang penunggang motosikal memukul lelaki warga emas di Padang Jawa semalam disebabkan berang selepas mangsa membelok kenderaannya secara mengejut di jalan berdekatan jejantas Padang Jawa di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, motif kejadian itu hasil siasatan dilakukan pihaknya selepas suspek berjaya ditangkap hasil laporan dilakukan mangsa berusia 61 tahun.

“Siasatan mendapati suspek tidak puas hati kerana mangsa membelok secara tiba-tiba sehingga menyebabkan suspek memarahinya.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihaknya telah mendapat perintah reman dari Mahkamah Shah Alam selama empat hari bermula hari ini terhadap suspek berusia 23 tahun itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Kosmo! semalam melaporkan seorang penunggang motosikal yang tular memukul lelaki warga emas di jalan berdekatan jejantas Padang Jawa di sini, dicekup polis bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI