fbpx

Polis selamat wanita murung cuba terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita yang diselamatkan polis daripada terjun di Kompleks PKNS Shah Alam

SHAH ALAM – Pujukan anggota polis berjaya menyelamatkan seorang pembantu butik pakaian yang dipercayai cuba terjun di bangunan Kompleks PKNS, Seksyen 14 di sini, hari ini.

Kejadian itu disedari orang awam kira-kira pukul 2.15 petang yang terkejut melihat mangsa merupakan seorang wanita berusia 21 tahun berkenaan bersendirian di tebing atas bangunan tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berkenaan.

“Anggota polis mengambil masa 15 minit memujuk wanita sebelum membawa turun mangsa sepenuhnya lebih sejam kemudian.

“Semakan mendapati mangsa merupakan pekerja pembantu butik pakaian di daerah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati wanita itu mengalami masalah kemurungan dan mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sejak 2020.

“Kes diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) dan mangsa dibawa ke HTAR untuk rawatan selanjutnya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI