fbpx
EIMA memasang impian untuk mengelilingi dunia dan menjadi model terkenal suatu hari nanti.

Eima pilih lelaki kelakar, kulit sawo matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GADIS tinggi lampai, Nur Fatimah Harimat yang menghiasi kolum mingguan, Pesona Ahad pada minggu ini memasang impian untuk mengelilingi dunia suatu hari nanti.

Mesra disapa Eima, gadis berdarah Portugis ini berkata, bagi memastikan impiannya itu menjadi kenyataan, dia mula bertatih membina kerjaya dalam bidang peragaan.

Meskipun baru menceburkan diri dalam bidang itu, anak sulung daripada dua beradik tersebut yang memiliki bakat semula jadi sejak kecil sudah diberi tanggungjawab menjadi model sebuah jenama terkemuka.

Menurutnya, biarpun mempunyai latar belakang di dalam bidang pengurusan, namun ia bukan halangan untuk me­lakukan sesuatu perkara yang dimina­tinya.

Kepada Kosmo! Ahad, anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkongsi mengenai dirinya termasuk kenangan menyambut raya baru-baru ini.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan latar belakang Eima?
Eima: Saya seorang yang pemalu serta aktif bersukan terutama olahraga dan bola jaring. Saya merupakan pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan dan kini bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu negara.

Bagaimana terjun dalam bidang modelling?
Pada mulanya saya jadikan peragaan sebagai sumber pendapatan sampingan. Saya percaya apabila kita melakukan sesuatu yang disukai hasilnya pasti berbeza. Tahun pertama merupakan proses yang agak sukar dan menyedihkan. Saya tiada keyakinan dan tidak banyak kenalan dalam industri. Dari satu ke satu jenama, bermulalah perjalanan karier ini, saya harap dapat bergelar model terkenal satu hari nanti.

EIMA mencari teman lelaki yang tidak panas baran.

Tips penjagaan kulit jika boleh dikongsi?
Paling penting adalah penja­gaan asas. Tidur perlu cukup dan sentiasa amalkan minum air yang mencukupi. Bagi orang yang suka bersolek, mereka perlu tahu cara menanggalkannya dengan betul. Selain itu, amalkan pemakanan sihat dan elakkan stres supaya tidak timbul jerawat.

Eima beritahu sertai mo­delling bukan untuk popular, jadi apa inspirasi kamu?
Selain suka bergambar, ibu merupakan individu yang membuatkan saya jatuh cinta kepada fesyen dan peragaan. Dengan menyertai bidang ini, saya me­nyimpan impian untuk menjelajah tempat menarik di seluruh dunia. Saya sukakan seni bina dan budaya sesuatu tempat.

Ciri-ciri lelaki idaman dan perancangan ber­kahwin Eima?
Saya seorang yang periang jadi saya sukakan lelaki yang kelakar. Saya juga suka jejaka yang tinggi, namun kulitnya tidak gelap atau terlalu cerah.
Paling penting si dia tidak panas baran kerana saya sensitif dan mudah tersentuh. Bagi peranca­ngan berkahwin pula, saya tidak bercadang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Mungkin apabila usia mencecah 28 tahun nanti, saya mula me­rancang untuk bernikah, tetapi jika jodoh sampai awal saya tidak menolak, siapa yang tahu kan?

Momen menarik menyambut raya baru-baru ini?
Sambutan Aidilfitri pada tahun ini agak berbeza kerana dapat berkumpul dengan ahli keluarga dan saudara-mara. Ditambah pula dengan raya mengejut, situasi menjadi lebih meriah. Pada malam raya, saya berada di luar, jadi ibu menghubungi meminta pulang segera dan kami bertungkus-lumus menyiapkan baju raya. Pengalaman menjahit baju raya sampai pagi menjadi satu memori indah buat saya sekeluarga. -KOSMO! ONLINE

POPULAR