fbpx

Artis, ahli politik perlu tunjuk kajian sebelum komen isu kanabis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Artis dan ahli politik diminta untuk mengemukakan fakta sebelum melontarkan sebarang komen bersifat populis khususnya isu penggunaan kanabis dalam bidang perubatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, hujah yang dilontarkan mestilah disertakan dengan kajian yang telah terbukti bahawa kanabis selamat digunakan.

“Saya kongsikan kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat dan hanya dua penyakit iaitu kesakitan kronik dan sklerosis multipel sahaja yang menunjukkan bahawa kanabis mampu untuk memberikan rawatan.

“Penyakit lain termasuk penyakit saraf, ketagihan, masalah mental, shcizophrenia dan gangguan tekanan selepas trauma tiada bukti yang kukuh menunjukkan kanabis berkesan untuk merawat penyakit tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, segala perkara melibatkan soal kesihatan rakyat perlu dibuktikan dengan kajian yang sangat teliti termasuk mengenai kesan baik dan buruk sesuatu kaedah perubatan itu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI