fbpx

Serang perempuan simpanan suami di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita nekad menyerang perempuan simpanan suaminya di tempat awam. -Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang wanita nekad menyerang wanita simpanan suaminya di hadapan orang ramai, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuatnaik dalam akaun Instagram @kabarnegri. Kejadian itu dikatakan berlaku di Pusat Dagangan Sukaramai, Pekanbaru dalam wilayah Riau.

Rakaman itu menunjukkan seorang wanita berbaju biru dan memakai topi keledar menarik seorang wanita dari dalam sebuah kereta.

Sebilangan pengguna jalan raya dilihat cuba meleraikan pergaduhan tersebut apabila wanita berbaju merah itu cuba meminta pertolongan.

“Encik tolong, Aduh tolong,’’ jeritnya. 

Ketika wanita yang didakwa perempuan simpanan suaminya itu turun dari kereta, dia terus menyerangnya sehingga kedua-kedua mereka terjatuh di atas jalan. 

Wanita itu terus menarik rambut perempuan simpanan suaminya sebelum pergaduhan akhirnya berjaya dileraikan oleh orang ramai.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sebaiknya masalah peribadi jangan libatkan orang ramai,’’ komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI