fbpx

Sanusi nafi punca JDT ambil balik Syafiq Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta tidak ketinggalan untuk bergambar di samping Muhammad Sanusi dalam program Santai Anak Utara 2022 di Taman Jubli Emas Alor Setar Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini menafikan beliau punca utama Johor Darul Ta’zim (JDT) memanggil semula Syafiq Ahmad dari Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Menteri Besar itu berkata, kenyataannya berhubung kewujudan ‘tokong’ dalam arena bola sepak negara tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

“Menyalahkan saya ya? Saya tidak sentuh Syafiq Ahmad. Mana sebab saya pula, saya buat apa? Saya buat apa? Siapa yang makan cili ni? Saya tak tahu, siapa makan cili dia yang pedaslah. Bukan hal itu. Kenapa perasan sangat?

“Saya tak marah sesiapa, maksudkan tokong itu jangan terlalu ‘berkuasa’ semua orang kena tanya bola sepak ini untuk semua orang,” katanya kepada pemberita selepas hadir dalam program Santai Anak Utara di Taman Jubli Emas di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan selepas lima bulan dipinjamkan kepada Kedah, penyerang kebangsaan berusia 26 tahun itu akan kembali ke pangkuan JDT.

JDT sebelum itu dalam satu kenyataan ringkas di Facebook Johor Southern Tigers berkata, Syafiq akan melapor diri selepas tamat cuti antarabangsa.

Muhammad Sanusi berkata, Kedah bersikap terbuka dengan keputusan JDT memanggil balik pemain berkenaan seperti yang termaktub dalam perjanjian pinjaman sebelum ini.

Menurut beliau, Kedah tidak berhasrat untuk membesarkan lagi isu berkenaan dengan melepaskan pemain itu dengan tenang.

“Banyak pemain lain. Orang lain pun boleh main, saya sedang buat Liga Menteri Besar seluruh Kedah saya ingat ratusan orang (pemain) akan dilahirkan daripada liga itu.

“Pasal (kerana) pemain banyak anak Kedah dieksport ke luar. Pasukan selatan pun ambil pemain Kedah dua tiga orang. Ramai lagi. Hujung bulan ini ada perpindahan, tengoklah siapa nak datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI