fbpx

Pengawal keselamatan dicekup cabul, cuba liwat pelajar lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TANAH MERAH – Seorang pengawal keselamatan dicekup selepas dipercayai mencabul dan cuba meliwat seorang pelajar lelaki yang menyertai program qiamullail di surau sebuah sekolah agama di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa yang berusia 12 tahun sedang tidur bersama rakan-rakannya yang menyertai program tersebut di surau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang dikenali sebagai Rashid telah datang ke surau tersebut sebelum bertindak mencabul mangsa.

Menurutnya, suspek juga dipercayai cuba meliwat mangsa yang ketika itu memakai seluar namun, remaja tersebut sempat menepis perbuatan itu.

“Mangsa telah memaklumkan kepada bapanya yang datang menjemput remaja itu di sekolah berkenaan kira-kira pukul 10.15 pagi semalam bahawa telah dicabul oleh pengawal keselamatan bernama Rashid sebelum mereka terus membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati, suspek berusia 38 tahun dan merupakan pengawal keselamatan sementara di sekolah agama itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Wan Zulfikri, mangsa telah dihantar ke Hospital Tanah Merah di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Tanah Merah pagi ini untuk perintah reman.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI