fbpx

Koperasi digalak wujud sistem ladang kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (kanan) menerima sumbangan cenderahati daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Noh Azwan Mohd. Nawawi selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Puncak Alam 2, hari ini.

KUALA SELANGOR – Koperasi yang terlibat dalam bidang ternakan digalakkan mewujudkan sistem ladang kontrak bagi membantu orang ramai memperoleh bahan keperluan pada harga rendah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, ini termasuk ayam dan telur yang menjadi antara bahan mentah dibeli orang ramai pada setiap hari.

“Menerusi sistem ladang kontrak, bekalan dapat diperoleh secara terus daripada penternak pada harga murah.

“Kita akan perkemas lagi insiatif seperti ini dalam usaha membantu mengurangkan beban rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 hari ini.

Menurut beliau, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) juga diminta memainkan peranan menangani kegiatan ‘orang tengah’ dengan menubuhkan pusat pengumpulan dan pengedaran.

Noh turut menjelaskan pihaknya menyasarkan lebih banyak CoopMart dibuka di seluruh negara dengan ketika ini terdapat 1,000 premis berkaitannya -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI