fbpx

Kim Jong-kook ada sebab tak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JONG-KOOK

MENJANGKAU usia 40 tahun, ramai peminat kini ternanti-nantikan khabar mengenai perkahwinan selebriti Korea popular, Kim Jong-kook.

Kata Jong-kook, dia bukan tidak mahu berkahwin lebih-lebih lagi apabila sudah memasuki usia 40-an, namun ada sebab tersendiri yang menghalang perkara itu.

“Saya selalu terfikir, kenapa dan apa sebab saya masih kekal bujang serta tidak berkahwin.

“Bila berfikir, baru saya faham, sebab utama adalah saya banyak habiskan waktu di gimnasium untuk bersenam. Itu yang buatkan saya tak fikirkan soal kahwin walau usia semakin lanjut,” katanya ringkas.

Jong-kook berkata demikian dalam sebuah program televisyen popular baru-baru ini.

Terdahulu, anggota Running Man itu sering dihambat persoalan mengenai perkahwinannya dalam kalangan peminat memandangkan usianya yang sudah begitu matang untuk bergelar suami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI