fbpx

‘Kami perlukan duit untuk baiki rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE KAMIL menunjukkan bahagian bumbung tingkat atas rumahnya di Felda Sungai Tiang, Pendang yang masih belum dibaiki selepas kejadian ribut hampir dua bulan lalu.

PENDANG – Sebanyak 13 ke­luarga yang merupakan mangsa ribut di Felda Sungai Tiang di sini pada 19 Mac lalu mendakwa, mereka belum menerima bantuan yang sepatutnya selepas ada pihak yang membuat bancian bagi kerja-kerja pembaikan rumah yang rosak akibat kejadian itu.

Sebahagian daripada penduduk dikatakan hanya terima bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan terpaksa mengeluar­kan wang sendiri untuk mem­baiki rumah.

Seorang lagi penduduk, Salwa­ Abdul Jamil, 35, berkata, dia terkilan kerana tiada pihak yang bersungguh-sungguh untuk membantu mangsa ribut terlibat walaupun ramai yang datang membuat banci kerosakan.

“Memang ramai pihak tampil membantu selepas kejadian tetapi­ kebanyakan mereka sumbang bahan makanan. Pada masa ini kami sangat perlu wang untuk baiki kerosakan pada rumah supaya ia lebih selesa diduduki.

“Saya terpaksa pinjam saudara dan dengan sedikit sumbangan orang perseorangan, bumbung rumah yang diduduki bersama suami, Mohd. Rosli Abd Rahman, 39, dan empat anak berusia antara 10 hingga 14 tahun sudah dibaiki sebahagiannya.

Bagaimanapun, katanya, dia berharap menerima sumbangan yang dijanjikan untuk menjelaskan bayaran upah tukang yang masih gagal dilunaskannya.

Bagi seorang lagi penduduk, Che Kamil Sulaiman, 61, berkata, dia tidak berkemampuan untuk membaiki bumbung rumahnya yang rosak dalam kejadian itu.

“Saya rugi hampir RM13,000 dalam kejadian itu dan hanya harapkan bantuan dijanjikan kerajaan untuk membaiki rumah dan sistem pendawaian eletrik yang rosak serta tidak boleh diguna sehingga hari ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI