fbpx

Skuad sepak takraw negara ‘karam tanpa muatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD sepak sepak takraw negara terpaksa menelan kekecewaan apabila tumpas 1-2 kepada Indonesia final Sukan SEA Vietnam 2021 di Gimnasium Hoang Mai sebentar tadi.

HANOI – Impian rakyat Malaysia untuk melihat skuad sepak takraw negara mencipta kejutan membutirkan kilauan pingat emas sulung dalam acara beregu lelaki pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi terus lebur.

Skuad sepak negara terpaksa menelan kekecewaan apabila mereka tumpas 1-2 kepada Indonesia dalam aksi penuh sengit pada pertembungan final di Gimnasium Hoang Mai sebentar tadi.

Pasukan negara yang dibarisi Aidil Azman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd. Nordin serta Afifudin Mohd. Razali selaku simpanan tidak berdaya untuk mengetepikan cabaran daripada Muhammad Hardiansyah Muliang dan Saiful Rijal selepas tewas 17-21.

Tersentak dengan kekalahan tersebut, skuad negara bangkit menerusi kemasukan Noraizat dan Afifudin untuk mengikat kedudukan 1-1 selepas menang 22-20.

Meskipun pasukan negara cuba bangkit untuk muncul juara, namun tuah ternyata menyebelahi pasukan Indonesia apabila mereka berjaya mencatat kemenangan 25-23, sekali gus meraih perak dan mengulangi pencapaian 2017 di Kuala Lumpur.

Ketua jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad mengakui pasukan negara terpaksa akur dengan kekalahan tersebut selepas masing-masing
mempamerkan tentangan cukup sengit.

“Mata yang diraih antara kedua-dua pasukan memang sangat rapat, saya pun sukar hendak bercerita dengan apa yang berlaku. Pemain sudah habis-habisan berjuang, tapi inilah sepak takraw terutama di saat-saat akhir,” katanya.

Skuad sepak takraw akan menyambung aksi dalam saingan quadrant wanita esok apabila berdepan Thailand dan Myanmar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI