fbpx

Skuad gimrama negara tepati janji di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN menarik dan memukau oleh skuad gimrama negara untuk meraih emas pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Hanoi sebentar tadi.

HANOI – Seperti yang dijangka, skuad gimnastik berirama negara muncul juara dalam acara berpasukan pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Hanoi, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan emas keempat dihadiahkan oleh pasukan gimmastik kepada kontinjen Malaysia masing-masing dua daripada artistik dan berirama.

Skuad negara yang dibarisi atlet terbaik seperti Shak Yuki, Ng Jia Wen, Jingle Shak Qi, Maia Ong, Ashley Lim dan Yap Yi Tung dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk mempertahankan emas yang dimenangi di Manila 2019.

Pada aksi tersebut, pasukan negara berjaya menambat hati juri selepas muncul juara dengan mengumpul markah keseluruhan 49.200 bagi dua pusingan iaitu lima gelung (26.150) serta tiga riben dan dua bola (23.050).

Sementara itu, perak dimenangi wakil tuan rumah, Thailand selepas mencatat markah keseluruhan 41.550 dan gangsa diraih Vietnam (37.800).

Bagi jurulatih gimnastik berirama negara, Eriko Akebayashi mengakui gembira apabila anak-anak didiknya terus mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi kali ke-30 di Manila 2019.

“Sudah pastinya gembira apabila berjaya mencapai sasaran dan menghadiahkan emas buat Malaysia biarpun berdepan cabaran sengit daripada pasukan lain” katanya.

Pada temasya dwitahunan edisi 2019, Malaysia muncul juara keseluruhan sukan gimnastik dengan memperoleh sembilan emas, tiga perak dan empat gangsa, manakala Vietnam di tangga kedua menerusi enam emas, dua perak dan tujuh gangsa. Filipina pula di kedudukan ketiga dengan tiga emas, lima perak dan empat gangsa.

Malaysia dianggap sebagai kuasa besar dalam acara itu, tidak berdepan masalah menyapu bersih dua emas yang dipertandingkan iaitu dalam acara individu dan berkumpulan.

Pada Sukan SEA Manila 2019, skuad gimnastik berirama negara membawa pulang empat pingat menerusi acara all around berkumpulan, dan dua emas diraih Izzah Amzan, manakala Koi Sie Yan meraih emas dalam acara aparatus riben wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI