fbpx

[VIDEO] Polis siasat video lelaki berjalan sambil tunjuk ‘pistol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan seorang lelaki berjalan sambil menunjukkan objek menyerupai sepucuk pistol - FOTO IHSAN POLIS

PETALING JAYA – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video tular yang memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil menunjukkan objek yang menyerupai sepucuk pistol.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video yang tular di media sosial kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Menerusi video berdurasi tujuh saat berkenaan, seorang lelaki sedang berjalan sambil menyelak bajunya dan menampakkan satu objek yang menyerupai senjata di seluarnya.

“Satu laporan polis telah dibuat dan kejadian dipercayai berlaku ketika festival animasi selama empat hari bermula pada 13 Mei lalu di sebuah pasar raya di sekitar daerah ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, lelaki dalam video berkenaan disyaki merupakan salah seorang peserta yang menggayakan watak animasi ketika hadir ke festival berkenaan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk siasatan lanjut.

“Polis juga sedang mengesan pemilik akaun media sosial termasuk individu terlibat untuk membantu siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI