fbpx
Pasangan usahawan terkenal, Hafiz dan Aina mendedahkan masih belum pulih gangguan misteri sepenuhnya.

Pasangan usahawan, pempengaruh belum pulih penyakit misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Diuji dengan gangguan dan penyakit misteri, pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan dirinya dan isteri, Syafiqah Aina masih belum sembuh sepenuhnya.

Kata Hafiz, sebagai seorang suami, semestinya dia berasa sangat sedih dan geram apabila isterinya diperlakukan sedemikian sehingga ada pihak yang tergamak melibatkan ilmu sihir.

“Sebagai suami, sudah tentu saya sedih dan marah serta rasa nak berdendam pun ada.

“Beginilah, kalau ada orang buat benda terkutuk itu, kita sebenarnya tak perlu balas dengan cara yang sama. Kita terus sahaja berusaha dan buktikan kepada mereka bahawa kita boleh jadi lebih baik.

“Saya dan Aina sendiri masih belum seratus peratus sembuh. Kami kena kuat. Apa pun sahaya yang mereka (musuh) lakukan, Allah ada dan kami terus berjuang,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Pengasas bersama Ainaa Beauty, Hafiz komited untuk membangunkan perniagaan dan tidak mahu menyimpan sebarang perasaan dendam.

Hafiz dan isteri yang merupakan pengasas bersama produk kecantikan, Ainaa Beauty ditemui pada majlis makan malam tahunan syarikat berkenaan di Marriot Putrajaya.

Menurut Hafiz lagi, biarpun trauma dengan kejadian yang menimpa, namun dia dan isteri tidak berputus asa dan saling menguatkan kasih sayang antara satu sama lain.

“Jujurnya, kami agak trauma atas apa yang berlaku. Jika sebelum ini, andai ada yang menghantar produk makanan, kami akan  ‘review’ tanpa sebarang cas tapi sekarang dengan apa yang  yang berlaku buatkan kami berfikir banyak kali.

“Dalam rumah tangga pula, setiap hari kami bahagia. Kami sweet antara satu sama lain dan ada ‘5 minute rules’ dalam perkahwinan di mana andai berlaku apa sahaja perselisihan, sama ada saya atau Aina akan meminta maaf dan berpelukan selepas itu supaya ia tidak berpanjangan,” katanya.

Sempena ulang tahun kelima Ainaa Beauty, pasangan berkenaan meraikan kerja keras usahawannya sepanjang tahun 2021 dengan pelbagai hadiah lumayan termasuklah sebuah kereta Proton Axia, dua buah Proton X50 serta lebih 40 biji iPhone 13 Pro Max dan beberapa set perhiasan emas.

Selain itu, produk kecantikan tersebut turut memperkenalkan wajah baharu rangkaian produknya dengan reka bentuk botol yang lebih moden dan inovatif. – KOSMO! ONLINE

POPULAR