fbpx

Nor Sarah sedia pertahan emas Vietnam di Kemboja tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR SARAH sedia mempertahankan pingat emas acara lompat bergalah pada Sukan SEA edisi di Kemboja pada tahun depan.

HANOI – Pemenang pingat emas lompat bergalah di Sukan SEA Vietnam 2021, Nor Sarah Adi ber­azam untuk mempertahankan emas pada edisi di Kemboja tahun depan.

Namun di Kemboja nanti, atlet berusia 22 tahun itu mempunyai misi tersendiri apabila tekad untuk memecah rekod yang dipegang atlet Filipina, Natalie Uy iaitu pada ketinggian 4.25 meter (m).

Sarah yang menang ‘emas tidak dijangka’ di Stadium Nasional My Dinh dengan lompatan 4m semalam berkata, perjalanannya bukan mudah apabila berdepan kecederaan belakang dan tidak mampu berjalan se­minggu sebelum ke Hanoi.

Namun, dengan semangat juang, Nor Sarah mengakui dia hanya melakukan terbaik demi membawa nama keluarga dan negara.

“Saya datang ke sini hanya dengan sasaran untuk mengambil pengalaman dan melakukan setidak-tidaknya 3.7m iaitu catatan terbaik saya.

“Namun sebaik tiba di Hanoi, perasaan itu berbeza sekali di sini. Apabila kita percaya kepada- Nya, dan semuanya sudah tertulis.

“Saya sudah berusaha dan melakukan yang terbaik. Pasti­nya emas ini sememangnya tidak dijangka dan saya rasa seperti mimpi dapat menyumbang emas kepada negara,” kata Sarah.

Hasil kemenangan itu, Nor Sarah mahu hadiahkan pingat emas kepada bekas ratu lompat galah Malaysia, Roslinda Samsu.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI