fbpx

Individu tidak lengkap vaksinasi dibenar hadir majlis akad nikah bersyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Semua individu yang tidak lengkap vaksinasi dibenarkan menghadiri majlis akad nikah di Selangor secara bersyarat bermula kelmarin.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, syarat tersebut termasuk bukannya terdiri daripada individu yang sedang positif Covid-19.

Katanya, mereka juga tidak berada dalam tempoh Arahan Perintah Pengawasan Dan Pemantauan (HSO).

“Selain itu, individu itu juga bukan terdiri daripada warganegara yang baru tiba di Malaysia tanpa vaksinasi lengkap.

“Pelaksanaan majlis akad nikah dibenarkan di masjid, surau, rumah atau mana-mana dewan di negeri ini serta di JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID),” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya.

Tambah kenyataan itu, pelaksanaan majlis akad nikah tidak menetapkan had kehadiran bagi individu yang lengkap menerima vaksinasi.

“Justeru, JAIS menasihatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI